Pengertian Haji dan Umrah




Pengertian Haji


Secara estimologi (bahasa) :Haji bererti niat (Al Qasdu)
Menurut syara’ : Niat menuju Baitul Haram dengan amal-amal yang khusus pada waktu yang tertentu.

Dalil dan Hukum Haji

Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.




Pengertian Umrah


Umrah ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.


Dalil dan Hukum Umrah

Ibadat umrah merupakan salah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim yang mukalaf. Hukumnya wajib sekali seumur hidup apabila memenuhi syarat-syaratnya.

Firman Allah:
"Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan